Penolongku ialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan dialah yang memelihara 'Arasy yang besar' (At-Taubah: 129)
»»--(¯`'·.INFO UNTUK KORANG.·'´¯)--««
Funny Myspace Comments
1.:.13% daripada orang di dunia adalah kidal... 2.:.90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik... 3.:.Air laut di Lautan Atlantik lebih masin daripada air laut di Lautan Pasifik... 4.:.Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu pertama mereka (Elsa Lowenthal dan Emma Wedgewood)... 5.:.Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 daripada berat tubuhnya... 6.:.Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu dari keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu... 7.:.Beruang dewasa mampu berlari sepantas kuda... 8.:.Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai... 9.:.Buku Genius Book of Records memegang rekod sebagai buku paling banyak dicuri dari perpustakaan... 10.:.Coca-Cola mengandungi Coca (zat aktif yang terdapat dalam kokain) dari tahun 1885 hingga 1903... 11.:.Dahulu CocaCola berwarna hijau... 12.:.Dalam Bahasa Inggeris, Sebelum Masihi disebut sebagai B.C (Before Christ) manakala Selepas Masihi sebagai A.D (Anno Domini)... 13.:.Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia... 14.:.Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis di atas kertas marijuana... 15.:.Gerakan Bruce Lee sangat pantas sehingga mereka harus melambatkan filem supaya kita boleh melihat pergerakannya... 16.:.Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup... 17.:.Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan... 18.:.Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia.Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut... 19.:.Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985... 20.:.Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam 1 minit... 21.:.Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman... 22.:.Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia... 23.:.Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan... 24.:.Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat... 25.:.Kod telefon antarabangsa bagi Antartika adalah 672... 26.:.Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia... 27.:.Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan... 28.:.Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki... 29.:.Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies... 30.:.Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun... 31.:.Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita kehilangan 70 helai... 32.:.Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas.Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram... 33.:.Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya... 34.:.Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari... 35.:.Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan... 36.:.Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994... 37.:.Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja... 38.:.Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan... 39.:.Memakai headphone selama 1 jam boleh menyebabkan pembiakan bakteria dalam telinga 700 kali lebih cepat 40.:.Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi... 41.:.Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur... 42.:.Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop... 43.:.Nama paling popular di dunia adalah Muhammad... 44.:.Otot yang bekerja paling cepat pada badan kita ialah otot kelopak mata yang membuat kita berkelip... 45.:.Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat... 46.:.Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta... penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk... 47.:.Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang... 48.:.Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat... 49.:.Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini... 50.:.Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988... 51.:.RSVP merupakan kependekan bagi Respondez s'il Vous Plait yang bermaksud meminta jawapan... 52.:.Secara umumnya, kita bercakap 5000 kata setiap hari (walaupun 80% daripadanya kita bercakap pada diri sendiri)... 53.:.Semut dapat mengangkat beban 50 kali lebih dari badannya... 54.:.Siput boleh tidur selama 3 tahun... 55.:.Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth... 56.:.Tanda 'save' pada Ms. Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik... 57.:.Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk... 58.:.Titik merah pada logo 7 Up berasal dari pengasasnya yang bermata merah. Beliau merupakan seorang albino... 59.:.Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam... 60.:.Unta mempunyai 3 kelopak mata... 61.:.Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu... 62.:.ZIP kod adalah kepanjangan dari "Zoning Improvement Plan"... 63.:.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 64.:.Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 65.:.Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 66.:.Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 67.:.Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 68.:.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 69.:.Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 70.:.Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. 71.:.Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 72.:.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 73.:.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 74.:.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 75.:.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 76.:.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Monday, April 30, 2012

5 Faktor Lelaki Mendekati Wanita




  1. Personaliti seorang wanita itu penting.Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya.Mereka juga akan berasa yakin untuk mendekati wanita tersebut.
  2. Lelaki terkenal dengan mata keranjang.Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi wanita itu memakai pakaian menjolok mata.
  3. Penampolan,gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga membuat lelaki terpikat.Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang membuatkan lelaki terlalu ingin mendekati wanita.
  4. Ada juga lelaki mementingkan kesopanan.Lelaki yang sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya.Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
  5. Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah.Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita cantik,ayu dan anggun.Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh kali kedua bila memandang.

Sunday, April 29, 2012

Asal Usul Hari Ibu





JANGAN SAMBUT HARI IBU 

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam seperti Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun. 

ASAL USUL HARI IBU 

Sejarah hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa A.S atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. 

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. 

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. 

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. 

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. 

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. 

Jadi, apakah hukumnya kita sebagai umat islam menyambut Hari Ibu ni? Hari Bapa pula, bagaimana??

Aida Di Tengah Malam ~ Anna Abadi


(Dedikasi khusus buat dirinya)

Di tengah malam yang hening
kala mata sudah kuyu
atau memang sudah pun terlena
enak dibuai mimpi indah
dia masih setia di sini
berteduh di Teratak ini…

Celoteh tanpa suaranya menemani
mereka yang keseorangan
mereka yang perlu berteman
mungkin juga bergurau senda
dengan si ‘dahan a.k.a dd’ penjaga masa
adakalanya dia bersendirian
namun tetap setia di sini…
berteduh di Teratak ini…

Kenapa di malam hening?
lewat dinihari menyapa…
kenapa tidak di kala malam muda?
ohh..jangan salahkannya
beza masa benua Eropah-Asia
5 jam kita mendahuluinya….

Aida di tengah malam
jari-jemari tetap setia menaip
kata-kata buat 2-3 Teratakian
yang masih segar terjaga
samada benar belum terlelap
atau turut berada di perangkap masa
yang berlainan waktu siang dan malamnya
dari bumi Malaysia tercinta

Aida di tengah malam
walau kehadirannya sebentar cuma
sementara menemani trip ayah
seminggu di bumi Hitler
tetap mencuri perhatianku
dia kugelar Aida di tengah malam
sesuai dengan karektornya
yang istimewa dan mencuit hati
Aida yang pasti dirindui…..

Aida di tengah malam
semoga kembalimu ke tanahair
menjadi Aida di tengah siang
jangan terus menyepi…..
Teratak ini pasti sunyi…

Anna Abadi
18 April 2004


Okay..Bye!!!


Saturday, April 28, 2012

Sahabat Atau Cinta??


Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri dalam kita kesusahan. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya... dalam susah atau pun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan. 

Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:


"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu". > > 


Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini. 

Ikatan persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri, atau pun selfish. Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.

Friday, April 27, 2012

Sedarkah Kita




Terkadang,bila ujian menimpa diri kita, kita cepat mengeluh & mengalah,
Kita seolah2 menyalahkan takdir atas ujian yg menimpa..
tapi,sedarkan kita..ujian itu hadir untuk menguatkan kita,
untuk meningkatkan keimanan kita,untuk menguji ketabahan kita..
dan kerana kasihnya Allah pada kita..
Sekalipun jiwa kita teruk terluka dek kekecewaan, percayalah,
Allah telah pun menitipkan penawar untuk kita..
kerana dalam setiap derita yang kita perolehi, 
pasti ada bahagia yang diberikan olehNya..InsyaAllah.


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.

Hinalah Maksiat Tapi Jangan Hina Si Pelaku Maksiat

Perkongsian Ilmu pada hari JUMAAT..Penghulu segala hari..Semoga kita dapat manfaat tentang ilmu di bawah...

Kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk Allah. Hinalah maksiat tapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat. Hinalah kekufuran tapi janganlah kamu menghina si kafir.

Kita ibaratkan maksiat itu sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencaci maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.

Adakah anda seorang yang baik atau perasan bagus? Kenapa anda melihat diri anda lebih baik daripada orang lain? Jom sama-sama kita renungkan...

Ada seorang abid (ahli ibadah) dari Bani Israil yang hidupnya selama 500 tahun hanya dengan beribadah sahaja. Pada suatu hari, si abid tersebut terlihat seorang fasik dari Bani Israil yang tidak pernah taat langsung kepada Allah. Si abid datang dari satu arah dan si fasik pula datang dari satu arah yang bertentangan. Bahawasanya, si abid tersebut mendapat karamah (kemuliaan) kerana kuatnya ibadah yang dia lakukan. Apabila datang mentari di waktu pagi, datanglah awan menaunginya apabila dia berjalan.

Ketika mana kedua-dua mereka ini bertembung di pertengahan jalan, berpaling muka kedua-dua mereka ke arah ain. Tetapi atas sebab apa? Ahli ibadah ini berpaling atas sebab keangkuhannya terhadap orang yang bermaksiat itu. Dia menyangka Allah tidak mengampuni si fasik itu selama-lamanya atas maksiat yang dilakukan. Dia merasakan dirinya lebih bagus atas sebab ibadahnya. Dia berpaling dari si fasik  itu kerana takabbur dan berbangga dengan amalan ibadahnya.

Orang yang bermaksiat itu pula berpaling dari ahli ibadah. Tapi atas sebab apa? Kerana dia malu terhadap Allah Ta'ala. Ketika mana dia berpaling dari ahli ibadah itu, dia berkata, " Astaghfirullahalazim.. Siapalah aku ini untuk berjumpa dengan seorang yang baik lagi kuat beribadah sedangkan aku seorang yang fasik." Ketika mereka berpisah, awan yang berada di atas si abid itu terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya selepas itu. Apakah sebabnya? Kerana si abid memandang si fasik dengan pandangan penghinaan.
Apa yang difokuskan di sini adalah tentang pandangan. Pandangan ahli ibadah pada si fasik itu dengan pandangan kesombongan. Dan berpalingnya si fasik itu kerana malu. Makna ibadah yang sebenar adalah ibadah yang akan menambahkan kita kerendahan diri dan sentiasa merasa kekurangan. Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah. Janganlah kamu melihat orang yang berdosa atau orang yang bermaksiat dengan pandangan penghinaan. Itu adalah suatu keadaan yang sangat bahaya. Pandangan sebegini adalah yang dilarang. Ia akan memberi kesan pada hati. Ia menzalimi hati disebabkan oleh pandangan sedemikian. Menyebabkan hati menjadi gelap.


Apakah dia hakikat kekufuran?


Hakikat kekufuran adalah orang yang mati dalam kekufuran. Tapi selagi mana dia masih hidup, dia tidak boleh dihina walaupun dia seorang yang kufur. Kerana anda tidak akan tahu bagaimana dia akan mati nanti. Samada dia mati dalam keadaan kufur ataupun sebagai seorang Islam. Ataupun dia mati setelah dia benar-benar bertaubat dan menyesali kejahilannya sebelum ini. Walaupun sekarang ini dia seorang yang jahil, tidak mustahil Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi dari anda suatu hari nanti. Kerana hidayah Allah itu luas. Dia berhak memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di luar jangkaan kita.


Salah silap aku selama ni harap dimaafi atas segala kekhilafan lalu.
Aku serba kekurangan...kadang-kadang aku tak perasan,aku pun pernah bersikap macam sikap abid tersebut..mudah-mudahan aku mendapat pengajaran....dan belajar membetulkan kesilapan...yang baik itu bukanlah mereka yang tak pernah buat salah tetapi mereka yang selalu mahu berusaha membetulkan kesalahan yang dilakukan..


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.



Doaku sudah terjawab


Ketika aku memohon kepada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat

Ketika aku memohon kepada Allah kebijaksanaan
Allah memberiku masalah untuk dipecahkan

Ketika aku memohon kepada Allah kesejahteraan
Allah memberiku akal untuk berfikir

Ketika aku memohon kepada Allah keberanian
Allah memberiku kondisi bahaya untuk kuatasi

Ketika aku memohon kepada Allah sebuah cinta
Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk ku tolong

Ketika aku memohon kepada Allah bantuan
Allah memberiku kesempatan

Aku tak selalu menerima semua yang kuminta,
tapi aku selalu menerima segala yang aku perlukan
Doaku sudah terjawab
- Sayyidina Ali ibn Abi Talib


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.


TANDA KIAMAT KECIL SUDAH LENGKAP


**Tetiba jadi takut yang amat sgt :-s

.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.


Thursday, April 26, 2012

Surah Apa Yang Langsung Tak Ada Huruf Mim???


Ce teka surah apa yang ayat-ayatnya tidak langsung ada huruf mim??? Surah ni diturunkan ke bumi ketika Nabi Muhammad SAW sedang bersedih kerana kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan anak lelaki baginda, Ibrahim. Kira surah ni macam surah penghibur kepada kesedihan Nabi Muhammad SAW. 

Surah ni juga surah paling pendek iaitu dengan hanya ada 3 ayat sahaja. Haaaa??? Surah apa ni???

Ni lah surah Al-Khautar. Surah mengenai sungai yang sangat indah di syurga. Barangsiapa yang minum air daripada telaga khautar ni, akan merasa nikmat yang lazat yang tiada tandingnya.

Antara kebaikan membaca surah Al-Khautar,

1.Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.

2.Jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.

3.Jika sering sakit mata, seperti berair,gatal,bengkak,sapurkan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4.Jika rumah dipercayai terkena sihir,baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah
S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5.Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.

6.Jika rajin membacanya,hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7.Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi. 



.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.

Hadith riwayat Bazar dan al-Hakim

"Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan Sayyidatina Aisyah yang bermaksud: 

“Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” 

Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” 

Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” 

Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya” 

[Hadith riwayat Bazar dan al-Hakim].

.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.

Biar ia sepi sepertiku

Bisikku pada bulan, 
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku..
Tanpa dia, malam menemaniku, sepi memelukku..
Bulan..
Jangan biar siang, biar alam ini kelam..
Biar ia sepi sepertiku

.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.


Untuk Kamu, Masa Depanku .

Kepadamu yang menjadi pendampingku..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang memilihku..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku..

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti, (Insya’Allah) Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.






Wednesday, April 18, 2012

Perempuan dan Syurga


Perempuan itu milik syurga..
lelaki itu jalan pulangnya..

Tanpa lelaki, perempuan sukar kembali..
tanpa perempuan syurga tak akan bererti..

Lelaki yang meminjam perempuan di dunia ini...
kembalikanlah mereka pada tempatnya...

(Lelaki yang paling jahat adalah  yang meminjam hak syurga lalu membawanya ke sisi neraka)



.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.

Tuesday, April 17, 2012

Senyum dalam Duka dan Tangisan..


Apakah ertinya sebalik SENYUMAN?
Dikala waktu itu, seperti senyuman terlakar diratapan..
Bersembunyi di sebalik topeng palsu.....
Hanya untuk menutup muka yang lesu..

Tidak semua AIR MATA bererti DUKA, 
kadang kala tangisan adalah KEBAHAGIAAN yang tidak mampu diungkapkan dengan KATA-KATA..
Tidak semua SENYUMAN itu bererti GEMBIRA..
kadang kala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA...

Biar raut ini nampak senyum bersahaja..
Dalam hati ini tiada siapa menduga..
Biar diri berpura-pura gembira..
Semua ini hanya untuk mereka..
Biar lisan berbicara segalanya..
Memberi ruang untuk mereka rasa apa itu bahagia..

.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.




Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah


Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Semoga kita semua mendapat keberkatan oleh Allah.


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.


Monday, April 16, 2012

Kucup Anak Setiap Hari


ANAK adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga.

Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.

Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak.

Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:

  • Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
  • Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan
  • Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.
  • Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.
  • Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
  • Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
  • Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.
  • Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.
  • Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
  • Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.
  • Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.
  • Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Cinta Terhalang

Kenapa perlu menagis, sedih dengan cinta terhalang?? Bukankah jodoh tu di tangan tuhan?? Banyak filem yang menceritakan cinta terhalang ini....sampai sanggup lakukan apa saja demi cinta...

Dalam masa yang sama, sampai dia lupa tuhanNYa. Kita ini manusia, banyak dugaan yang akan kita lalui...dah apa yang kita hadapi itu, ada hikmah di sebaliknya.

Jangan sedih, kalau cinta kita terhalang....

Mungkin itu bukan jodoh kita, jangan sampai kita menjadi anak Nabi Adam. Korang tahukah cerita mengenai anak Nabi Adam ini??? kalau tahu baguslah, tapi kalau yang tak tahu tu, rajin-rajinlah baca kisah nabi kita..ye.

Tapi tak apa, aku ceritakan juga berpandukan apa yang aku tahu.

Begini ceritanya Nabi Adam mempunyai 4 orang anak  yang dilahirkan berpasang iaitu kembar dua, lelaki-perempuan.

Namun pasangan itu, tidak boleh saling menikah. Pernikahan hanya diperbolehkan dengan pasangan kembar yang lain. Nama anak Nabi Adam iaitu pasangan Qabil-Iqlimah dan Habil-Labuda.

Qabil boleh mengawini Labuda, dan Habil pula berkawin dengan Iqlima. Pendekkan cerita Qabil nak sangat berkahwin dengan adik kembarnya iaitu Lqlimah. Jatuh cinta dengan adik sendiri....katakan.

Jadi Nabi Adam pun rasa keliru, maka dia pun berdoalah pada Allah untuk diberikan petunjuk. Jadi Allah pun memerintahkan Nabi Adam supaya Qabil dan Habil membuat satu upacara korban. Di mana korban siapa yang di terima oleh Allah maka dia layak berkahwin dengan Lqlimah.

Maka Qabil pun mempersembahkan hasil korbannya iaitu hasil gandum yang tak berapa bagus kualitinya. Mana kala Habil pula mempersembahkan korbannya iaitu seekor kambing yang gemuk dan sihat.

Maka Allah pun menerima korban Habil, di sebabkan itu..Qabil merasa benci dan tidak berpuas hati dengan keputusan Allah. Maka Qabil pun membunuh Habil untuk mendapatkan Lqlimah.

Nampak tu, cinta terhalang...sanggup lakukan apa saja demi cintanya. Walau pun Allah telah melarangnya. Ingai, ini sebagai pengajaran untuk kita, ye....


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.



Menangani Kesilapan



Semua manusia pernah berbuat silap. Adakah anda takut melakukan kesilapan? Adakah anda tahu bagaimana untuk menangani dan belajar daripada kesilapan? Sering mengulangi kesilapan yang sama? Benci kesilapan dan tidak dapat apa-apa daripada kesilapan? 

Usah "bazirkan" hidup anda dengan melakukan kesilapan, tanpa mendapat sesuatu. Pelajarilah bagaimana untuk menangani dan mengurus kesilapan. Lebih daripada itu, anda boleh belajar daripada kesilapan anda! Tip di bawah ini mungkin boleh membantu anda : 

Terima Kesilapan Yang Anda Lakukan 

Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih. Tapi jangan biarkan kesedihan itu 'memerangkap' hidup anda. Terima ia sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda. 

Akui Hakikat BahawaKesilapan Adalah Sebahagian daripada Fitrah Kehidupan 

Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan. Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali ke dua. 

Hanya Lembah Yang Rendah Mampu Menadah 

Air hanya pergi dan berkumpul di tanah yang rendah. Jika anda asyik meninggikan diri sendiri, maka alamat susah untuk menadah ilmu. Oleh itu, dalam banyak hal, anda perlu merendahkan diri dengan orang lain supaya boleh 'menadah' ilmu yang 'mencurah-curah' dari orang di sekeliling anda. Barulah anda boleh betul-betul belajar daripada kesilapan yang berlaku. 

Sedia Untuk Meminta Maaf 

Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana ' kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf. 

Jika Ia Kesilapan Peribadi Anda; Rahsiakannya 

Ada kesilapan yang tidak melibatkan orang lain. Jika ini berlaku, simpanlah ianya sebagai satu rahsia hidup anda. Tiada guna anda membuka pekung di dada. Analisalah segera kesilapan itu dan lakukan usaha pembaikan demi perubahan. 

Jika Ia Melibatkan Orang Lain? 

Berterus terang dengannya, janjikan bahawa anda akan berusaha untuk memperbaiki kesulitan yang wujud kerana kecuaian anda. Setelah berusaha, terangkanlah apa yang anda telah lakukan dan sejauh manakah kerberkesanannya. 

Belajarlah Daripada Kesilapan, Elak Daripada Berulang. 

Renungkan apa sebenarnya apa yang telah berlaku. Apakah faktor-faktor sehingga berlakunya kegagalan itu. Kemudian, cari jalan untuk mengelakkan daripada perkara yang sama berulang kembali. Jika masih berlaku; mintalah bantuan mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripada anda. Terangkan kepadanya tentang masalah yang dihadapi secara terperinci. Bahkan kadangkala anda akan dapat mencari penyelesaian ketika anda sedang menerangkan kepadanya! 

Jika Ada Kesilapan Yang Memalukan Majikan, Tangani Dengan Segera 

Pergilah berjumpa majikan anda secepat mungkin, jelaskan kepadanya apa yang berlaku. Jika tidak, jangan terkejut jika majikan sendiri yang akan mencari anda, atau menyiasat kejadaian hingga ke akar umbi. Lebih teruk lagi, kalau majikan mendengar dan terpengaruh dengan gossip daripada orang lain. Bukankah ini semua akan 'mengucar-ngacirkan' hidup anda? 

Jika Anda Tidak Dapat Memperbaiki Kesilapan Itu, Minta Bantuan 

Tanyalah rakan-rakan anda yang lebih arif dalam bidang tersebut. Bincangkan dengan dia, apakah tindakan yang anda telah lakukan, dan kenapa masih tidak berjaya. Kemahiran memujuk dan mendorong sangat penting dalam proses ini.

Sunday, April 15, 2012

Info utk hari ini plak =P



  • Sinaran kosmik daripada bintang2 berlanggaran boleh menghaslkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis turut mendakwa sinaran itu juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan kehidupan pupus dan menghasilkan speses baru melalu proses mutasi (perubahan genetik)
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira2 2.5 titsan bagi satu perkataan.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina ia merupakan senjata merbahaya.
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan yang tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh 3 kilometer.
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  • Ratu anai2 boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  • Andai semua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta km padu- di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatanyang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sedia ada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  • Sungai Huang Ho digelar Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatatkan.
  • Tikus Kasturi, mamalia paling kecil di dunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.



.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.

Saturday, April 14, 2012

Tips Yang Patut Dilakukan Ketika Pasangan Anda Menangis

Kadangkala kita pasti tidak dapat mengawal emosi apabila menghadapi sesuatu masalah atau krisis sehingga mampu membuatkan kita menangis, bak kata orang menangis mampu melepaskan tekanan. Terutama kepada kaum wanita yang dilihat lebih cenderung untuk menangis, namum ia bukan bermakna lelaki tidak menangis. Termasuk juga saya yang kadang-kadang menitiskan air mata apabila menghadapi sesuatu masalah.

Di dunia ini, Allah menjadikan kita berpasangan. Apabila pasangan anda melalui saat emosi dan memperlihatkannya dengan cara menangis, apa yang anda akan lakukan? Tindakan anda ketika ini haruslah boleh mengembalikan mood mereka semula dan jangan sampai menyebabkan pasangan anda berasa lebih teruk lagi.

Di sini saya ingin senaraikan beberapa tips untuk anda apabila menghadapi setuasi apabila pasangan anda sedang menangis atau bersedih:

1. Apabila pasangan anda menangis, jangan abai dan biarkan saja kerana ia adalah satu tanda mereka perlukan perhatian. Wanita lazimnya lebih sukakan seseorang yang mampu mendengar luahan kata mereka ketika mereka sedang bersedih. Janganlah anda bertindak menjauhkan diri ketika ini.

2. Jadilah pendengar yang setia. Diam dan dengar apa yang ingin pasangan anda katakan kerana itulah yang mereka mahukan daripada anda.

3. Jangan beritahu pasangan anda sama ada dia di pihak yang benar atau salah dalam keadaan itu. Jikalau dia bersalah sekalipun, dengarlah apa yang ingin si dia kata dan rungutkan. Si dia mungkin tahu dia memang salah tapi pada masa itu dia tidak mahu mendengar tentang hal itu.

4. Pinjamkan bahu anda (untuk yang berkahwin saja ye). Jangan duduk jadi tunggul kayu saja. Wanita sangat sukakan sentuhan daripada lelaki kerana ia membuatkan mereka berasa selesa.

5. Jangan memberi nasihat kecuali diminta. Wanita biasanya tidak sukakan anda memberi nasihat atau bercakap sesuatu yang boleh melukakan hati mereka apatah lagi di saat mereka sedang berduka. Lebih baik lagi anda elakkan dari ayat begini “..kan saya dah bagitau tadi ..bla bla bla…”

Begitulah 5 tips yang patut dilakukan ketika pasangan anda menangis, semoga dengan tips yang diberikan mampu membantu anda dalam memberikan keceriaan dan kebahagian kepada pasangan anda. 


Okay..Bye!!!



Friday, April 13, 2012

Sedarkah Kita ...

1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan
tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. (Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk
mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti menghina Islam.



Wednesday, April 11, 2012

Pedas Telinga, Penawar Tempat



Bapak sedang memandu membawa Atuk(Ayah bapak) dan Anak sulungnya(Cucu Atuk) di sebuah jalan raya di Kuala Lumpur, Bapak bawa sungguh laju macam F1, lalu Atuk menegurnya.

Atuk: Kau ni bawak pelan sikit kang langgar orang sapa yang susah, babi punya anak!

Bapak menyirap dengar kata Atuk, Dia hanya bersabar

Atuk: Kau ingat jalan raya ni macam jalan raya dulu ke bongok,bebal,haramjadah dah la bodoh sengal pulak tu! Ikut kan hati aku dulu tak kan aku lahirkan anak sial/haram macam kau ni, bawak laju macam pelesit... kalau aku lahirkan Michael Shuemaker takpelah jugak, kau tu bukan Micheal Shuemaker kau tu Ahmad Badigol Soot, Nama pun macam keturan babun belah mak kau dulu, kau ni memang dasar bajingan

Bapak terlebih extra menyirap, dia bawa laju sampai satu tempat dia perlahankan sedikit.. Atuk berubah fikiran

Atuk: Eh.. Ala anak ayah tadi ayah melawak saja jangan la ambil hati, ayahkan suka bergurau macam la tak kenal ayah hehe, bawak la laju-laju ayah suka bawak la macam Valentino Rossi, Alex Young ka.. sumpah ayah tak kisah nak, intan payung bapak ala bucuk-bucuk.

Bapak: Aik ayah tiba-tiba jadi baik ni tadi bukan main marah, apsal bapak?  

Sekali Anaknya terbaca sesuatu di luar lalu bertanya kepada Bapak.

Anak: Bapak apa tu "RUMAH ORANG-ORANG TUA"?

Saat Menilai Cinta


Setiap kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'

Tuesday, April 10, 2012

Renung Sejenak Di Hari Selasa

Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, 
“Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia,”


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.

Banduan Yang Pintar



Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: “Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?”

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. “Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana,” kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.
Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

“Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?”

Si anak kembali membalas surat tersebut, “Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka.”

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pengsan.

Monday, April 09, 2012

10 orang Berjaya Walaupun Berhenti Daripada Kolej!!

Mereka yang disenaraikan di bawah adalah merupakan antara 10 orang yang paling berjaya walaupun mereka berhenti daripada menamatkan pengajian di universti ataupun kolej. Mereka tidak dapat meneruskan pengajian di kolej atas sebab-sebab tertentu seperti masalah kewangan dan keluarga.


1. Bill Gates
Selepas memperolehi markah sebanyak 1590 semasa mengambil ujian SAT (satu ujian kemasukan kolej di Amerika), beliau diterima masuk ke sebuah universiti yang terkenal iaitu Universiti Harvard. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, dia tidak dapat menamatkan pengajiannya. Bill Gates keluar dari Harvard pada usia 19 tahun dan jumlah bersih harta kekayaannya ialah USD56 billion (2011). Pengasas Microsoft ini kini berusia 55 tahun.




2. Mark Zuckerberg
Muka ni amat suka mencipta program-program komputer terutamanya program yang berasaskan komunikasi dan permainan. Pada tahun 1996, beliau telah mencipta sebuah perisian yang dipanggil “Zucknet”. Perisian tersebut membolehkan semua komputer di rumahnya dan juga di pejabat ayahnya berkomunikasi antara satu sama lain. Perisian tersebut juga dianggap sebagai sebuah perisian primitif bagi AOL Messenger (sebuah perisian komunikasi yang muncul pada tahun berikutnya). Mark mempelajari Psikologi dan Sains Komputer di Universiti Harvard tetapi berhasrat untuk tidak meneruskan pengajian berikutan perkembangan Facebook yang memberangsangkan dan semakin popular. Majalah Time menggelar Mark sebagai “Person of The Year” pada tahun 2010. Beliau berhenti dari Universiti Harvard pada umur 19 tahun dan pada usia 26 tahun, beliau telah mengumpul kekayaan berjumlah USD13.5 billion.





3. Michael Dell
Pada usia yang begitu muda, Michael Dell telah menjadi seorang usahawan. Pada umur 15 tahun, dia memperoleh USD18 ribu dengan hanya menjual langganan suratkhabar Houston Post. Semasa menjadi pelajar pra-perubatan di University of Texas, Austin, dia memulakan perniagaan dalam menaiktaraf komputer. Beliau berhenti dari universiti pada usia 19 tahun untuk menumpukan perhatian terhadap syarikatnya “Dell Computer Corporation” yang menjual komputer secara terus kepada pelanggan. Pada 1992 di mana dia berumur 27 tahun, dia telah menjadi CEO termuda dan syarikatnya pula tersenarai di dalam senarai Fortune 500 Top Corporations. Pada usia 46 tahun, beliau telah mengumpul kekayaan berjumlah USD14.6 billion.




4. Paul Gardner Allen
Lahir pada 21 Januari 1953, adalah seorang pelabur Amerika yang dermawan. Beliau juga adalah salah seorang pengasas Microsoft bersama Bill Gates dan salah seorang terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan mencecah USD13.5 billion pada 2010. Dia adalah pengasas syarikat Vulcan Inc dan memiliki portfolio pelaburan yang berjumlah berbilion dolar di mana ia mengandungi beberapa syarikat teknologi seperti Evri dan Gist, syarikat hartanah, pegangan saham dan banyak lagi. Allen juga memiliki dua pasukan sukan profesional NFL iaitu Seattle Seahawks dan juga Portland Trail Blazers (pasukan NBA). Selain itu, Allen adalah salah seorang pemilik kelab bolasepak Seattle Sounders. Beliau berhenti kolej pada usia 20 tahun dan memiliki kekayaan sebanyak USD13 billion pada usia 59 tahun.



5. Steve Jobs
Pengasas syarikat Apple ini menamatkan pendidikan di sebuah sekolah tinggi di Cupertino, California dan kemudian mendaftar di Reed College, Portland, Oregon untuk meneruskan pengajian di dalam bidang fizik dan sastera. Beliau berhenti dari kolej pada usia 18 tahun. Dengan kata lain, beliau hanya sempat belajar satu semester sahaja dan terpaksa berhenti kerana masalah kewangan. Pada tahun 1976 iaitu pada ketika beliau berusia 21 tahun, beliau dan Steve Wozniak memulakan perniagaan mereka sendiri iaitu Apple Inc. Kejayaan syarikat tersebut amat di luar dugaan kerana pada usia 25 tahun, Steve Jobs telah berjaya mengumpul kekayaan USD165 juta. Selepas dipecat daripada Apple Inc. pada tahun 1985 dan diambil semula pada tahun 1996, beliau kekal sebagai Pengerusi dan CEO Apple Inc sehingglah beliau sendiri meletakkan jawatan baru-baru ini sebelum meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 dengan meninggalkan harta sebanyak USD8.3 billion.



6. Richard Branson
Sir Richard Branson ialah pemilik syarikat Virgin Group of Companies iaitu sebuah syarikat yang memiliki lebih daripada 400 buah firma. Beliau memulakan perniagaan sebagai penerbit dan pengedar sebuah majalah yang dikenali sebagai Student pada umur 16 tahun, dan perniagaan tersebut amat memberangsangkan. Pada tahun 1972, dia mula membuka rangkaian kedai rakaman, iaitu Virgin Records, dan kemudian dikenali sebagai Virgin Megastores. Jenama Virgin meningkat naik pada 80-an semasa beliau melahirkan syarikat Virgin Atlantic Airways dan mengembangkan label Virgin Records. Branson menghidapi penyakit dyslexia dan akibat daripada perkembangan yang lemah semasa menjadi pelajar sekolah tinggi, beliau meninggalkan alam persekolahan pada usia 16 tahun. Pada 2011, beliau telah mengumpul kekayaan sebanyak USD4.2 billion.


7. Matt Mullenweg
Matthew Charles Mullenweg lahir pada 11 Januari 1984 di Houston, Texas. Beliau adalah seorang usahawan yang menetap di San Francisco, California. Matt merupakan pengasas perisian blog open source iaitu WordPress. Selepas berhenti daripada CNET, dia menghabiskan masanya untuk membangunkan beberapa projek yang berasaskan open source dan beliau kini adalah jurucakap di persidangan seperti Canada’s Northern Voice dan Worldcamp. Beliau berhenti daripada meneruskan pengajian pada usia 18 tahun dan memperoleh kekayaan sebanyak USD250 juta pada usia 27 tahun.






8. Jawed Karim
Beliau adalah antara pengasas laman web perkongsian video yang popular iaitu YouTube. Selain itu, beliau juga turut melibatkan diri dalam pembangunan komponen-komponen teras PayPal termasuk sistem anti-fraud masa nyata (real time anti-fraud). Beliau berhenti dari pengajian pada usia 21 tahun dan kini pada usianya 31 tahun, beliau memperoleh kekayaan sebanyak USD66 juta.



9. Kevin Rose
Keluar daripada kolej pada usia 21 tahun, Kevin Rose adalah seorang usahawan Internet Amerika di mana beliau adalah bekas pembantu produksi dan bekerja sementara sebagai pengacara TectTV’s Screen. Beliau juga adalah salah seorang pengasas Revision3, Digg, Pownce, dan juga Milk. Beliau mengumpul sebanyak USD60 juta pada usia 34 tahun.



10. Shawn Fanning
Beliau adalah seorang pengaturcara komputer berbangsa Amerika, usahawan, dan juga pelabur. Dia menjadi terkenal kerana telah mencipta perisian Napster, iaitu salah sebuah perisian perkongsian file P2P yang popular pada tahun 1998. Populariti Napster mula meluas dan Shawn telah menjadi bahan tajuk utama Majalah Time. Beliau berhenti dari kolej pada usia 19 tahun dan pada 2009, jumlah harta terkumpul beliau adalah sebanyak USD7.5 juta.


**Hurm...tgh duk berpk..cmna plak kalau aku nak berjaya cam dorg eh??otak x cerdik bab2 komputer ni..hahahhaa..kebykkan berjaya yg berkaitan dengan IT...kan??huhuhu


.::.Bertahan dengan kehidupan..bertahan selama mungkin.::.Okay..??? Bye!!!.::.


10 Tanda Lelaki Sedia Untuk Komitmen


1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin

Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin.

Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.

2. Kewangannya stabil

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.

3. Dia mula mendesak anda

Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

4. Dia bersedia untuk menunggu

Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.

5. Mengambil berat ketika anda sakit

Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.

6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda

Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam.

Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.

7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'

Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.

Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.

8. Dia tidak takut berkompromi

Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda.

Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.

9. Dia tidak perlu berdalih

Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.

10. Dia suka pada hubungan jangka panjang

Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.

Sunday, April 08, 2012

Kenapa Wanita Berbohong


Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Saturday, April 07, 2012

Nak Tau Camner Pompuan Dah Tangkap Cintan ?



LELAKI mana pun selalu berusaha untuk menaklukkan gadis idamannya. Dia akan berusaha dengan segala cara agar wanita pujaan hati terjerat cinta kepadanya.

Namun tak sedikit wanita yang berhasil terpanah asmara sulit mengatakan dirinya menerima cinta seorang lelaki. Karena itu Anda tak perlu khawatir dan bingung membaca jalan fikiran seorang wanita. Kini 'Askmen' akan berkongsi rahsia mengenai tanda-tanda seorang wanita telah jatuh hati kepada seorang lelaki, di antaranya:

Wanita cemburu bila Anda bicara dengan wanita lain

Wanita yang sedang jatuh cinta sering kali mudah cemburu jika lelaki yang sedang ditaksirnya berbicara intim dengan wanita lain. Saat itu, dia pun akan memilih menghindari Anda untuk sementara waktu agar hatinya yang sedang kalut untuk tenang kembali.

Dia menginginkan Anda untuk masa depannya

Jika wanita itu serius dengan Anda, tentu saja dia berharap agar Anda menjadi satu-satunya lelaki yang akan menemaninya sepanjang hidup.

Dia ingin tahu tentang Anda lebih dalam

Seorang wanita yang sedang jatuh cinta pasti ingin mengetahui segala sesuatu tentang hidup Anda. Cubalah Anda membiarkannya mengetahui tentang hidup Anda, karena ini akan mempermudah jalan Anda bersatu dengannya.

Dia selalu meluangkan waktunya untuk Anda

Wanita yang menyukai seorang lelaki pasti akan meluangkan waktu untuknya. Bahkan, boleh jadi bukan Anda kali ini yang mengajaknya berdating, tetapi justru dia yang lebih aktif mengajak Anda berdating.

Dia selalu menatap kedua bola mata Anda

Dia yang sedang jatuh cinta sulit sekali mengungkapkan kata-kata cinta secara vulgar. Dia pun lebih sering mengisyaratkan cinta melalui tatapan tajam ke arah kedua bola mata lelaki pujaannya. Wanita berharap cara tersebut membuat lelaki yang disukainya dapat merasakan cinta yang sama dengannya.