Penolongku ialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan dialah yang memelihara 'Arasy yang besar' (At-Taubah: 129)
»»--(¯`'·.INFO UNTUK KORANG.·'´¯)--««
Funny Myspace Comments
1.:.13% daripada orang di dunia adalah kidal... 2.:.90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik... 3.:.Air laut di Lautan Atlantik lebih masin daripada air laut di Lautan Pasifik... 4.:.Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu pertama mereka (Elsa Lowenthal dan Emma Wedgewood)... 5.:.Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 daripada berat tubuhnya... 6.:.Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu dari keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu... 7.:.Beruang dewasa mampu berlari sepantas kuda... 8.:.Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai... 9.:.Buku Genius Book of Records memegang rekod sebagai buku paling banyak dicuri dari perpustakaan... 10.:.Coca-Cola mengandungi Coca (zat aktif yang terdapat dalam kokain) dari tahun 1885 hingga 1903... 11.:.Dahulu CocaCola berwarna hijau... 12.:.Dalam Bahasa Inggeris, Sebelum Masihi disebut sebagai B.C (Before Christ) manakala Selepas Masihi sebagai A.D (Anno Domini)... 13.:.Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia... 14.:.Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis di atas kertas marijuana... 15.:.Gerakan Bruce Lee sangat pantas sehingga mereka harus melambatkan filem supaya kita boleh melihat pergerakannya... 16.:.Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup... 17.:.Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan... 18.:.Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia.Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut... 19.:.Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985... 20.:.Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam 1 minit... 21.:.Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman... 22.:.Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia... 23.:.Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan... 24.:.Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat... 25.:.Kod telefon antarabangsa bagi Antartika adalah 672... 26.:.Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia... 27.:.Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan... 28.:.Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki... 29.:.Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies... 30.:.Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun... 31.:.Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita kehilangan 70 helai... 32.:.Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas.Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram... 33.:.Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya... 34.:.Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari... 35.:.Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan... 36.:.Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994... 37.:.Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja... 38.:.Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan... 39.:.Memakai headphone selama 1 jam boleh menyebabkan pembiakan bakteria dalam telinga 700 kali lebih cepat 40.:.Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi... 41.:.Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur... 42.:.Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop... 43.:.Nama paling popular di dunia adalah Muhammad... 44.:.Otot yang bekerja paling cepat pada badan kita ialah otot kelopak mata yang membuat kita berkelip... 45.:.Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat... 46.:.Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta... penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk... 47.:.Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang... 48.:.Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat... 49.:.Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini... 50.:.Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988... 51.:.RSVP merupakan kependekan bagi Respondez s'il Vous Plait yang bermaksud meminta jawapan... 52.:.Secara umumnya, kita bercakap 5000 kata setiap hari (walaupun 80% daripadanya kita bercakap pada diri sendiri)... 53.:.Semut dapat mengangkat beban 50 kali lebih dari badannya... 54.:.Siput boleh tidur selama 3 tahun... 55.:.Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth... 56.:.Tanda 'save' pada Ms. Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik... 57.:.Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk... 58.:.Titik merah pada logo 7 Up berasal dari pengasasnya yang bermata merah. Beliau merupakan seorang albino... 59.:.Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam... 60.:.Unta mempunyai 3 kelopak mata... 61.:.Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu... 62.:.ZIP kod adalah kepanjangan dari "Zoning Improvement Plan"... 63.:.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 64.:.Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 65.:.Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 66.:.Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 67.:.Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 68.:.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 69.:.Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 70.:.Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. 71.:.Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 72.:.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 73.:.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 74.:.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 75.:.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 76.:.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Thursday, August 09, 2012

Walimatul urus dari USTAZ DON DANIYAL

Terimakasih banyak-banyak kerana menjemput Mell dan keluarga di hari bahagia Ustaz dan Pasangan..InsyaAllah jika tiada aral melintang kami akan hadir ke majlis itu yerrr Ustaz..hehehe...
Ninjiaaaa Kad kawin beliau...hikhikhik

.::.KALAU kita SAYANGKAN sesorang itu, pastikan kita akan BERUSAHA supaya untuk SELAMATKAN seseorang itu dari azab api neraka dan mampu membawanya ke SYURGA.::.Okay..??? Bye!!!.::.

15 comments:

  1. salam.. bila walimah nyer..? juz nak tau..tq..

    ReplyDelete
  2. Minta izin share di blog saya.. =) berita gembira nieh.. ^_^

    ReplyDelete
  3. No problemo :-) silekan :-)

    Bende baik utk dikongsi..pe salahnye :-)

    ReplyDelete
  4. Salam~Zam minta izin tumpang share kan kat blog juga ya.. :)

    ReplyDelete
  5. Wsalamm..baeklahhh.sesame kite doakan yg terbaek utk dorg :-)

    ReplyDelete
  6. ** sebelum ni duk blur..tetibe ramai masuk ttg ustaz don..rupanya blog beutifulnara post ttg ni...ptt ramai terjah...huhu

    ReplyDelete
  7. Salam. Macam mana boleh dapat undangan dari Ustaz? Melyssa ni student dia ek? Ke jiran dia. =P

    ReplyDelete
  8. Juwita..sy opismate ayah husna sbnrnya :-) mukan jiran pon..hihi..ustaz x knl sy..sy je knl ustaz..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Kubi?adakah ini kubi yg aku kenal?atau kubi lain?hahaha

    Kubi : nak ikut ker??hadeh hadeh...kalau aku ajak2 ayam bleh??hahaha..jom la =P

    ReplyDelete