Penolongku ialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan dialah yang memelihara 'Arasy yang besar' (At-Taubah: 129)
»»--(¯`'·.INFO UNTUK KORANG.·'´¯)--««
Funny Myspace Comments
1.:.13% daripada orang di dunia adalah kidal... 2.:.90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik... 3.:.Air laut di Lautan Atlantik lebih masin daripada air laut di Lautan Pasifik... 4.:.Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu pertama mereka (Elsa Lowenthal dan Emma Wedgewood)... 5.:.Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 daripada berat tubuhnya... 6.:.Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu dari keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu... 7.:.Beruang dewasa mampu berlari sepantas kuda... 8.:.Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai... 9.:.Buku Genius Book of Records memegang rekod sebagai buku paling banyak dicuri dari perpustakaan... 10.:.Coca-Cola mengandungi Coca (zat aktif yang terdapat dalam kokain) dari tahun 1885 hingga 1903... 11.:.Dahulu CocaCola berwarna hijau... 12.:.Dalam Bahasa Inggeris, Sebelum Masihi disebut sebagai B.C (Before Christ) manakala Selepas Masihi sebagai A.D (Anno Domini)... 13.:.Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia... 14.:.Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis di atas kertas marijuana... 15.:.Gerakan Bruce Lee sangat pantas sehingga mereka harus melambatkan filem supaya kita boleh melihat pergerakannya... 16.:.Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup... 17.:.Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan... 18.:.Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia.Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut... 19.:.Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985... 20.:.Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam 1 minit... 21.:.Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman... 22.:.Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia... 23.:.Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan... 24.:.Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat... 25.:.Kod telefon antarabangsa bagi Antartika adalah 672... 26.:.Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia... 27.:.Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan... 28.:.Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki... 29.:.Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies... 30.:.Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun... 31.:.Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita kehilangan 70 helai... 32.:.Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas.Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram... 33.:.Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya... 34.:.Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari... 35.:.Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan... 36.:.Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994... 37.:.Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja... 38.:.Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan... 39.:.Memakai headphone selama 1 jam boleh menyebabkan pembiakan bakteria dalam telinga 700 kali lebih cepat 40.:.Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi... 41.:.Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur... 42.:.Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop... 43.:.Nama paling popular di dunia adalah Muhammad... 44.:.Otot yang bekerja paling cepat pada badan kita ialah otot kelopak mata yang membuat kita berkelip... 45.:.Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat... 46.:.Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta... penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk... 47.:.Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang... 48.:.Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat... 49.:.Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini... 50.:.Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988... 51.:.RSVP merupakan kependekan bagi Respondez s'il Vous Plait yang bermaksud meminta jawapan... 52.:.Secara umumnya, kita bercakap 5000 kata setiap hari (walaupun 80% daripadanya kita bercakap pada diri sendiri)... 53.:.Semut dapat mengangkat beban 50 kali lebih dari badannya... 54.:.Siput boleh tidur selama 3 tahun... 55.:.Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth... 56.:.Tanda 'save' pada Ms. Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik... 57.:.Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk... 58.:.Titik merah pada logo 7 Up berasal dari pengasasnya yang bermata merah. Beliau merupakan seorang albino... 59.:.Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam... 60.:.Unta mempunyai 3 kelopak mata... 61.:.Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu... 62.:.ZIP kod adalah kepanjangan dari "Zoning Improvement Plan"... 63.:.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 64.:.Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 65.:.Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 66.:.Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 67.:.Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 68.:.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 69.:.Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 70.:.Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. 71.:.Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 72.:.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 73.:.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 74.:.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 75.:.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 76.:.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Wednesday, May 28, 2008

Coleslaw

Bahan-Bahan:
Kobis-½ biji

(dipotong sehingga halus)
Lobak Merah-1 biji
(dipotong sehingga halus)
Bawang Besar-½ Biji
(dihiris sehingga halus)
Mayonis- Secukupnya

(Mengikut Keperluan)
Susu Segar
(untuk tambah rasa lemak)
Limau nipis-½ biji/secukupnya Garam

Cara:
1-Masukan kobis, Lobak Merah, Bawang Besar dan digaul rata.

2-Masukkan Mayonis sedikit demi sedikit secukupnya.
3-Masukkan Susu Segar sedikit (jangan sampai banjir) dan masukan perahan limau (untuk mengimbang rasa)
4-Tabur garam sedikit dan digaul sehingga campuran betul2 rata...

Cadangan Hidangan:
**Boleh dimakan begitu sahaja...

**Boleh juga di makan bersama daging burger, kentang goreng...

Tambahan:
Perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran...

Cerita Seram - Bas Tanpa Pemandu

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong.

Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan. Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam!

Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka. Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

Tuesday, May 27, 2008

Perihal Jin


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3) Makanannya dari Api (Asap).. Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... . ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, May 14, 2008

Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.


"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.


"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."


"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.


"Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.


Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan.


Begitu juga pada jarak 3 meter.Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.


"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.


Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

BIL TELEFON MELAMBUNG...???

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;



Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.



Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.



Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.



Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya.

Monday, May 12, 2008

"11 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-





1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?




2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.




4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.




5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.




6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?




7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Rahsia Disebalik Huruf

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.Berikut sebagai sedikit panduan.








A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Jangan Ketuk nanti terbakar




Some tips ladies & gentlemen...........
JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR



Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjinkereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....



Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.



Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozeldan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').
Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .



Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

Sunday, May 11, 2008

Cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.
Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".



Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”

Org yg mencintai kamu




1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bilaujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20]Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Tips Mengekalkan Persahabatan


Saling Memberi Kebebasan

Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu

Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami

untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.


Saling Mengalah

Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan

Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Wanita Acuan AL-Quran



Wanita Acuan Al-Quran ialah seorang wanita


Yang Beriman


Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT


Yang sentiasa haus dengan ilmu


Yang sentiasa dahaga dengan pahalaYang solatnya adalah maruah dirinya


Yang tidak pernah takut berkata benar




Wanita acuan Al-Quran


Yang menjaga tutur katanya


Yang tidak bermegah dengan ilmu yang di milikinya


Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya


Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung




Wanita acuan Al-Quran


Yang menghormati ibu bapanya


Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga


Yang bakal memelihara keharmonian rumah tangga


Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta


Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan


Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat




Wanita acuan Al-Quran


Sentiasa bersedia untuk agamanya


Yang hidup di bawah naungan Al-Quran &


contohi sifat Rasulullah SAW


Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


Yang boleh diajak berbincang dan berbicara




Wanita acuan Al-Quran


Yang Tidak pernah membazirkan masa


Yang Matanya kepenatan kerana kuat membaca


Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir


Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan


Yang Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan


Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan




Wanita acuan Al-Quran


Yang Sentiasa mengingati mati


Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat


Yang mana buah kehidupan itu perlu di bajai dan di jaga


Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian




Wanita acuan Al-Quran


Ialah wanita yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia


kerana dia mengimpikan syurga di situlah rumah impiannya


bersama lelaki acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT.

Lelaki Acuan Al-Quran



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki


Yang Beriman


Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT


Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala


Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya


Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar




Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki


Yang Menjaga Tuturkatanya


Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya


Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia


Yang Dicarinya


Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung




Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki


Yang Menghormati Ibubapanya


Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga


Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga


Yang Akan Mendidik Anak2 Dan Isteri Mendalami Agama Islam


Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat




Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya


Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara


Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran & contohi Sifat Rasulullah SAW


Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya




Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa


Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca


Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir


Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan


Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan


Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan




Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati


Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat


Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan


Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian




Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki


Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia


Kerana Dia Mengimpikan Syurga


Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Saturday, May 10, 2008

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


SINAR CAHAYA AYAT KURSI Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.



4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.



5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.



6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"


Subhanallah. ..

Friday, May 09, 2008

Ais Krim Perasa Kopi


Bahan-Bahan:

5 camca susu pekat
300 ml air
4 camca gula
1 camca esen vanila
1 camca tepung jagung

1 camca serbuk kopi (dilarut)
1 camca air panas (dilarut)

Cara:

Gaulkan empat bahan pertama di atas dalam sebuah kuali besi. Jerang di atas api yang sederhana & biarkan ia menjadi pekat. Kacau hingga mendidih & angkat dari api dengan segera. Masukkan esen & kopi yang telah larut tadi, kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalm acuan-acuan aiskrim & bekukan hingga keras. Keluarkan dari acuan, isikan ke dalam gelas & hidangkan dengan segera.

Tambahan:

Kopi boleh ditukarkan gantikan dengan 1 cawan isi durian belanda atau 3/4 cawan jem stoberi (yantg telah dipukul rata) atau 1 camca koko ( yang telah dilarutkan dengan sedikit air panas)

3 Remaja Bermasalah

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen ituke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

**begong gak klu cikgu camni ..hahahaha

Tingkap Pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

Jgn Bermain Dgn Hati


Nah, ambil benda ni. Apa ni? Hati aku Hati kau? Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku? Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa? Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja.

Maksud kau. Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri.

Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama.

Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.

Thursday, May 08, 2008

Banyak untungnya kalau faham lelaki



Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalamkeadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, bolehjadioleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah andayangmenjadi menyebabnya.





Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akandiceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada oranglelakiumpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupuntadinyaterhenyak pipih.





Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan,emosianda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda punmengambil masa yang lama.





Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkanimejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Andakelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabilaberdepan dalam situasi begini.





Ohhh, itu silap.Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usahrisau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalamkeadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga.





Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikanperbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabiladisatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurnamenyempurnakan - lengkap melengkapi.





Semua kekurangan isteri akandipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula olehisteri.Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukanjurangkedegilan untuk tidak mahu memahami.





Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitumelihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadangsuami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telahkering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir punairmata.Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dananda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahumenang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakuikesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.





Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang memintamaaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya.





Ikut kajian,wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apajua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.





Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang sukamemberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapilayanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkankeadaan.Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleterbukan wanita namanya.





Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yangmenekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup,sebabkucing pun pening dengan leteran anda.Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyikdileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah andasetuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki.



Tanda tanda wanita tergoda



Dia Tidak Senang Duduk

Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

Tunjuk Minat

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya

Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

Dia Menjual Dirinya

Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

Dia Menjual Dirinya

Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

Bersikap Terbuka

Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan. WOW!

Membayangi Anda

Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

Anda Diajak Ke Tempat Lain

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

Tips from Dr Fadzilah Kamsah


Tatacara makan & minum=====================

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah,kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinnerikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akandiperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi tegukygpertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terussebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghribikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan sajaie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air===============

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)boleh elak daripada dapat batu karangSemasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiriikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak================

Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akanlebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak

Tatacara didik diri sendiri====================

Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam


2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejarakhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidikdiri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's lastsermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on thatday) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to himdirectly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Wednesday, May 07, 2008

Sahabat yang baik..



Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nyauntuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untukberbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedihatau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa beradadisisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawanbaik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kitabukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kitamenjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukankerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulumenjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Tuesday, May 06, 2008

Kek Aiskrim


Bahan-Bahan:

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya

Bahan inti:

Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar

Cara:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.

Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.

Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.

Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.

Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.

Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

Aiskrim Simple


Bahan-Bahan:

1 kotak Coffemate
1 kotak besar susu UHT Dutch Lady

Cara:

1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.
2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
4) Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk diatasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.

Tambahan:

Perasa aiskrim bergantung kepada perasa susu yg dipilih sama ada coklat, strawberry, coffee, etc...........

American Style Mashed Potato


Bahan-Bahan:

Ubi Kentang
Butter
Fresh milk/cream
Ground Black Pepper
A pinch of salt(jika perlu)
Cheddar cheese(shredded/hiris) **jika mahu*

Cara:

Bersihkan ubi kentang(buang kulit) tapi jgn dikerat. Rebus ubi kentang sampai empuk. Buangkan air rebusan tanpa mengeluarkan ubi kentang dari periuk. Panaskan semula dgn api paling kecil. Instantly, masukkan butter dan susu/krim dan lecekkan ubi kentang. Masukkan ground black pepper dan garam jika perlu. ***Tambahkan dengan keju cheddar jika mahu*** kacau hingga sebati dan ready to serve.Voila!!!


Cadangan Hidangan:

Perfect with steak, ayam panggang dll (sebagai pengganti kepada nasi). Hidangkan mashed potato di dalam mangkuk dan bolehlah di garnish dengan hirisan daun bawang,chives dan even cili merah.

Tambahan:

Perlu diingatkan, penggunaan susu/ krim, dan butter/margarine bergantung kpd kuantiti ubi kentang. Adjust lah mengikut kesukaan masing2. Jika mahu mashed potato very moist, lebihkan susu dan jika mahu kurangkan lemak, bolehlah substitute dgn susu kurang lemak,kurangkan sukatan butter, dan omit keju cheddar.

Hilang Duit

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"

Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)

Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit.

"Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat.

Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."

Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."

Guru : "??!!!"

8 cara memberi n menerima...........


1. Memberikan waktu luang anda sepenuhnya- berikan sesuatu secara ikhlas dan tanpa merungut.- Ambil waktu luang yang biasa anda gunakan untuk jalan-jalan ke kompleks membeli ? belah atau berbual kosong dengan teman lain. Berikan kepada pasangan dengan mengajaknya berjalan-jalan. Tapi jangan campurkan hal peribadi dengan pekerjaan. Jangan sampai anda ponteng kerja hanya untuk menemani si dia.

2. Menunjukkan perasaan anda- Mahatma Gandhi pernah mengatakan, adakah seorang pengecut tidak mampu menunjukkan cintanya. Itu (cinta) hak istimewa bagi orang yang berani? Jika anda takut dianggap bodoh ketika menyatakan perasaan anda, cuba nyatakan dengan cara lain. - Misalnya, dengan sedikit tambahan lawak jenaka atau dengan menulis surat. Jangan takut dianggap sentimental atau jiwang. Tak ada salahnya mengekspresikan apa yang kita rasakan.

3. Saling melengkapi- Cubalah berkongsi pekerjaan yang sukar dengan pasangan anda. Dengan begitu, beban anda akan terasa berkurang dan itu juga cara praktikal menunjukkan setia kawan.- Misalnya, anda mempunyai ibu yang cerewet dan selalu mengkritik, ada baiknya meminta suami atau isteri anda mencarikan hadiah ulang tahun untuknya. Pasangan anda tidak merasa bimbang dan dengan cepat boleh menentukan hadiah yang sesuai.

4. Memberikan orang lain lebih dari yang mereka harapkan- Anda boleh menyembunyikan anak patung kesayangan anak anda di bawah bantalnya. Cubalah berbicara manis pada rakan sekerja yang biasanya menyebalkan, misalnya ? Selama ini kita banyak bercanggah pendapat, tapi saya mesti katakan bahawa kerja yang awak buat kali ini memang bagus.? - Cubalah untuk tidak mengeluh selama 24 jam dan lihat sekeliling anda dengan gembira, sehingga tanpa sedar anda boleh kembali pada diri anda dalam keadaan tenang.

5. Membiarkan sahaja- Kadang-kadang ada suami yang mempunyai masalah tetapi mengambil tindakan mendiamkan diri sahaja. - Salmah cthnya, punya masalah yang sama dengan suaminya. ? Saya tahu ia punya masalah, mungkin di pejabat atau keluarganya, yang tak dapat diceritakan. Perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuknya ialah dengan mengatakan saya tahu ia mempunyai masalah dan tak perlu berpura-pura seakan-akan semuanya baik-baik saja. Paling tidak, dia tahu saya tidak mengharapkan dia bertingkah normal. Kadang-kadang dengan cara demikian, suami saya boleh relaks dan berbual tanpa beban? begitulah cerita Salmah.

6. Jangan kedekut pujian- Pujian, salah satu bentuk cinta yang paling sederhana. Memuji orang lain, rakan sekerja, teman atau keluarga boleh dilakukan dalam dua bentuk. - Boleh terus memujinya atau ketika anda mendengar orang lain memuji seseorang, anda berusaha mengulangi pujian itu dengan menanyakan kembali pada yang memberi pujian. Siapa yang tidak merasa bangga mendapat pujian, walau sekecil mana sekali pun ?

7. Memberikan kejutan pada pasangan- Melakukan sesuatu di luar kebiasaan, selain mengejutkan, ternyata boleh menyenangkan. Kalau anda sudah mengenali pasangan, tentu anda tahu apa yang disukainya.- Misalnya, ketika Rini tidak boleh tidur, suaminya menyalakan lampu dan membacakan cerita sampai Rini tertidur. Bukan cerita dongeng kanak-kanak tapi novel pengarang kegemarannya.

8. Berkongsi ilmu- Kalau anda tahu sesuatu, sebarkan pada teman-teman anda. Seperti yang dilakukan oleh Iskandar yang memang ulat buku dan suka melayari Internet. Hobinya mengumpulkan artikel menarik dan mengirimkannya pada orang-orang yang dirasakan perlu. Pada isterinya, Iskandar akan mengirimkan artikel romantik seperti puisi, bagaimana menyemai perasaan cinta antara mereka dan lain-lain.