Bulan kemerdekaan datang lagi. Sempena bulan kemerdekaan ini blogikus.com menganjurkan satu contest "Jika Aku Pemimpin Malaysia". Bagus juga kerana sempena bulan kemerdekaan semangat patriotik kita semakin menebal. Jadi..."Jika Aku Pemimpin Malaysia" apa yang saya perlu buat? Banyak juga hendak difikirkan. Tapi saya akan senaraikan TOP 6 perkara yang saya akan buat secara turutan yang kurang penting ke yang penting. Saya mulakan dengan TOP 6 sehingga TOP 1..
TOP 6 : Mengiktiraf blogger Malaysia.
Jika Saya Pemimpin Malaysia, saya akan mengiktiraf para blogger Malaysia dengan mengadakan Hari Blogger SeMalaysia. Sedangkan kanak-kanak juga mempunyai Hari Kanak-Kanak Sedunia jadi apa lah salahnya mengadakan Hari Blogger SeMalaysia. Pada hari tersebut para blogger boleh berkumpul dan berinteraksi dengan bertukar pendapat untuk memeriahkan lagi arena blogging. Ahli politik sekarang juga kelihatan aktif dalam arena blogging. Mungkin perayaan Hari Blogger SeMalaysia boleh diadakan di setiap negeri mengikut giliran seperti sukan SUKMA. Hari yang paling sesuai ialah 30 OGOS. Kenapa? Sebab hari kebangsaan ialah pada 31 OGOS jadi kita boleh bercuti 2 hari 30 dan 31 OGOS. Hehehe..
TOP 5 : Mengharamkan penjualan rokok!!!!
Saya benci rokok. Rokok amat berbau dan tidak baik untuk kesihatan. Teman lelaki saya juga merokok sebab itulah saya akan mengharamkan rokok Jika Saya Pemimpin Malaysia. Jika rokok diharamkan maka susah akan mendapat rokok. Dan ini mungkin akan mengurangkan penyakit dari merokok. Rokok bukan berbahaya hanya pada perokok tapi juga pada orang sekelilingnya. Tidak kisah tentang pendapatan negara akan menurun akibat tiada duti dari penjualan rokok dan sebagainya. Jika rakyat tidak sihat tidak ada gunanya. Rokok perlu diharamkan!! Target : Perokok SIFAR
p/s: bagi perokok tegar silakan berhenti merokok. Sila baca ini
TOP 4 : Memperbanyak rumah kos rendah.
Rumahku syurgaku itulah yang dikehendaki bagi setiap keluarga. Rumah ialah tempat anak-anak membesar. Jika rumah seperti tongkang pecah macam mana hendak membesar dengan selesa? Rumah kos rendah adalah jalan terbaik untuk golongan miskin yang kurang mampu. Mereka perlukan tempat berteduh, membesarkan anak-anak. Di malaysia masih lagi banyak rumah setinggan. Boleh dikatakan amat daif dan teruk sekali rumah setinggan ini. Cantik lagi reban ayam di belakang rumah saya. Serius ni!! Sebab itulah Jika Saya Pemimpin Malaysia saya akan berusaha memberikan petempatan dan rumah yang boleh di diami oleh mereka yang tiada rumah atau golongan miskin. Target : Setinggan SIFAR.
TOP 3 : Mengutamakan program pendidikan
Bak kata pepatah, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Pepatah tersebut tepat sekali. Pendidikan adalah yang utama. Amat menyedihkan bila ada kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah kerana kemiskinan. Kadar buta huruf di kalangan golongan miskin amat ketara. Jika tiada ilmu atau tidak tahu membaca bagaimana hendak maju ke hadapan? Bagaimana hendak membela nasib keluarga mereka yang memang susah dipertingkatkan kecuali dengan memperbaiki taraf pendidikan anak mereka sendiri. Dengan ilmu barulah anak golongan miskin ini boleh menjadi insan yang berguna dan boleh membela nasib keluarga mereka sendiri. Jika Saya Pemimpin Malaysia saya akan memberi pendidikan percuma kepada golongan miskin dan bantuan secukupnya untuk mereka berjaya. Jadi tidak berduit bukan lagi alasan tidak pergi sekolah. Saya hanya berusaha membantu golongan miskin, berjaya atau tidak semua bergantung pada keinginan pelajar miskin tersebut. Saya sudah sediakan jalan jadi sendiri mau ingat!!! Target : Buta huruf SIFAR
TOP 2 : Menurunkan / mengawal harga barang.

Harga barang semakin naik terutamanya harga barang makanan. Sejak harga minyak naik semua harga barang menaik. Ini adalah satu beban yang amat berat dipikul oleh mereka yang berkeluarga. Takkan hendak makan ubi kayu sahaja? Dengan makanan yang seimbang dan sihat, rakyat boleh menjadi lebih sihat dan boleh menyumbangkan kepada kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan Malaysia. Tapi perlu diingat kita makan untuk hidup dan kita bukan hidup untuk makan. Makan secara sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Jika harga barang makanan tidak dikawal, kesian makcik yang jual goreng pisang berdekatan rumah saya. Kenapa? Harga tepung semakin naik jadi makcik tersebut terpaksa menghentikan penjualan goreng pisang. Pastinya bisnes lain berkaitan barang makanan ini juga terjejas. Jika Saya Pemimpin Malaysia saya akan menurunkan harga barang makanan yang utama untuk rakyat. Disamping mengawal harga makanan. Target : Harga terkawal dan bekalan mencukupi.
TOP 1 : Menurunkan harga minyak.
Perdebatan isu minyak ini tiada penghujungnya. Bosan juga mendengar saban hari tentang kenaikkan harga minyak ini. Jika dahulu kos pengangkutan ulang alik ke tempat kerja memerlukan lebih kurang rm200 sebulan tapi sekarang memerlukan rm350 sebulan. Peningkatan lebih 50%. Nama sahaja kita pengexport minyak tapi minyak jugak naik harga di negara kita sendiri? Itu yang tidak logik. Jika naik sikit tidak apa tapi ini sudah meningkat hampir 50%. Tapi mungkin minyak turun pada 1 September? Kita tunggu dan lihat. Jika Saya Pemimpin Malaysia saya akan pasti menurunkan harga minyak. Jika keadaan tidak mengizinkan saya akan menaikkan harga minyak tapi tidak sampai menjejaskan rakyat yang tercinta. Tanpa rakyat apalah akan jadi pada negara tersebut? Buat renungan kita bersama. Target : Turunkan harga minyak di Malaysia.
Sekian sahaja coretan saya berkenaan Jika Aku/Saya Pemimpin Malaysia. Semua coretan di atas akan berlaku JIKA dan HANYA JIKA SAYA PEMIMPIN MALAYSIA. Jika tidak berlaku maka doakan sahaja ia akan dilaksanakan oleh pemimpin kita pada masa akan datang. Insyaallah..















5 comments:
ahha..kalau aku la yang jadi judge,mesti aku bias....sebab awak haramkan rokok..dah tentu saya yg perokok ini akan bias
owh...lagi satu,cun sungguh muka itu...ahhha...
hohohoho 2 manifesto ko same macam aku...
takpe. itu hak masing2. saya hanya suarakan pendapat saya.
topo : sama tapi tak serupa. :)
Post a Comment