Penolongku ialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan dialah yang memelihara 'Arasy yang besar' (At-Taubah: 129)
»»--(¯`'·.INFO UNTUK KORANG.·'´¯)--««
Funny Myspace Comments
1.:.13% daripada orang di dunia adalah kidal... 2.:.90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik... 3.:.Air laut di Lautan Atlantik lebih masin daripada air laut di Lautan Pasifik... 4.:.Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu pertama mereka (Elsa Lowenthal dan Emma Wedgewood)... 5.:.Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 daripada berat tubuhnya... 6.:.Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu dari keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu... 7.:.Beruang dewasa mampu berlari sepantas kuda... 8.:.Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai... 9.:.Buku Genius Book of Records memegang rekod sebagai buku paling banyak dicuri dari perpustakaan... 10.:.Coca-Cola mengandungi Coca (zat aktif yang terdapat dalam kokain) dari tahun 1885 hingga 1903... 11.:.Dahulu CocaCola berwarna hijau... 12.:.Dalam Bahasa Inggeris, Sebelum Masihi disebut sebagai B.C (Before Christ) manakala Selepas Masihi sebagai A.D (Anno Domini)... 13.:.Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia... 14.:.Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis di atas kertas marijuana... 15.:.Gerakan Bruce Lee sangat pantas sehingga mereka harus melambatkan filem supaya kita boleh melihat pergerakannya... 16.:.Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup... 17.:.Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan... 18.:.Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia.Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut... 19.:.Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985... 20.:.Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam 1 minit... 21.:.Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman... 22.:.Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia... 23.:.Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan... 24.:.Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat... 25.:.Kod telefon antarabangsa bagi Antartika adalah 672... 26.:.Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia... 27.:.Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan... 28.:.Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki... 29.:.Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies... 30.:.Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun... 31.:.Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita kehilangan 70 helai... 32.:.Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas.Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram... 33.:.Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya... 34.:.Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari... 35.:.Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan... 36.:.Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994... 37.:.Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja... 38.:.Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan... 39.:.Memakai headphone selama 1 jam boleh menyebabkan pembiakan bakteria dalam telinga 700 kali lebih cepat 40.:.Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi... 41.:.Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur... 42.:.Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop... 43.:.Nama paling popular di dunia adalah Muhammad... 44.:.Otot yang bekerja paling cepat pada badan kita ialah otot kelopak mata yang membuat kita berkelip... 45.:.Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat... 46.:.Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta... penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk... 47.:.Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang... 48.:.Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat... 49.:.Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini... 50.:.Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988... 51.:.RSVP merupakan kependekan bagi Respondez s'il Vous Plait yang bermaksud meminta jawapan... 52.:.Secara umumnya, kita bercakap 5000 kata setiap hari (walaupun 80% daripadanya kita bercakap pada diri sendiri)... 53.:.Semut dapat mengangkat beban 50 kali lebih dari badannya... 54.:.Siput boleh tidur selama 3 tahun... 55.:.Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth... 56.:.Tanda 'save' pada Ms. Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik... 57.:.Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk... 58.:.Titik merah pada logo 7 Up berasal dari pengasasnya yang bermata merah. Beliau merupakan seorang albino... 59.:.Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam... 60.:.Unta mempunyai 3 kelopak mata... 61.:.Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu... 62.:.ZIP kod adalah kepanjangan dari "Zoning Improvement Plan"... 63.:.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 64.:.Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 65.:.Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 66.:.Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 67.:.Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 68.:.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 69.:.Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 70.:.Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. 71.:.Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 72.:.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 73.:.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 74.:.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 75.:.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 76.:.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Sunday, March 18, 2012

Memikat Kembali Si Dia


Fikir dan Bertindak
Tanyakan dulu macam mana kehidupan dia sekarang.. Adakah dia lebih bahagia bila kehilangan kau ataupun dah punya kekasih hati yang lain.. Jika kedua2 jawapan dia “tak” boleh la kau teruskan tindakan selanjutnya… Jika dua2 jawapan dia “ya”, kau tumbuk muka dia then blah!!

Jangan Menagih Simpati
Rileks.. Jangan gelabah.. Nanti dia ingat ko nie ngade2 n gediks pulak.. Buat seperti biasa.. Jangan terlalu tunjukkan kesian kat dia.. Dan jangan sesekali merayu kat dia.. Bila kau buat macam tu nanti dia ingat yang kau nie betul2 bersalah.. Biarlah dia pon ada fikir yang kesalahan dia pon wujud..

Ambil Perhatian
Tunjukkan yang kau sayangkan dia.. Ambil kisah dengan apa yang dia lakukan.. Tapi biarlah bersempadan.. Jangan lebih2 pulak.. Nanti dia ingat kau nie penyibuk pulak.. Makin jelik la dia ngan kau.. Nanti tak pasal2 kau kena maki pulak..

Adakan Temujanji
Ajak la dia keluar kemana2.. Pergi makan ke, tengok wayang ke.. Dan yang penting, tempat perjumpaan kau tu mestilah tempat yang selalu kau dan dia berdating.. Biar dia ingat kembali kisah lama..

Biarkan Dia Rindu
Macam mana? Aduii!! Fikirla yang kreatif sikit.. Lakukan perkara yang akan membuatkan dia rindu kembali kat kau.. Perkara yang akan buat dia sentiasa ingat kat kau… Jangan lebih2 dah la.. Ha.. Fikir kotor la tu..

Panggilan dan Pesanan Mesej Ringkas
Buat la panggilan pada dia.. Jangan la kedekut sangat dengan kredit tu.. Korban la sikit.. Kalau agak2 dah tak larat bercakap, hantar la SMS.. Kalau tak berbalas tak mengapa.. Itu dah menunjukkan kau masih belum lupakan dia lagi..

Bangkitkan Memori
Bila dah buat semua nie, kau ceritakan lah pulak cerita2 lama yang romantik.. Bagaimana kau atau dia mengorat sesama sendiri.. Peristiwa kelakar kau tergolek dengan dia naik motor.. Ataupon peristiwa ditangkap basah.. Oppss!! Yang pasti, semua cerita kau tu akan mengenangkan kembali kemanisan saat kau bercinta dengan dia..

Berikan Dia Hadiah
Tak payah la mahal2.. Paling berkesan ialah berikan dia kad buatan sendiri.. Tuliskan di situ tanda maaf kau untuk dia.. Jangan takut kalau tak lawa, yang penting ikhlas.. Jika kau malu untuk bercakap, inilah yang terbaik..

Terangkan Perkara Sebenar
Masa ni lah kau bongkar kan semua.. Terangkan mengapa kau terpaksa meminta hubungan itu putus.. Pastikan sebab kau tu kukuh dan alibi.. Jika kau betul salah terangkan pada dia mengapa.. Jangan biarkan dia tertanya2..

Berikan Janji
Berjanjilah kat dia yang kau tak akan lakukan lagi.. Kau menyesal jika kau betul salah.. Katakan pada dia yang kau betul2 sayangkan dia.. Taburkan semua janji kau pada dia.. Tapi!! Biarlah kau kotakan.. Jangan cakap jer..

Ambil Masa
Jika dia masih lagi tak punya perasaan… Takper.. Ambil masa.. Bukan mudah mengubat luka yang dalam.. Bukan senang juga nak menyatukan kembali ikatan yang putus.. Berfikiran positif sikit.. Kau boleh lagi berkawan dengan si dia.. Jangan la biarkan ia putus..


Ce try test nengok..hehehe..gudluck ya!!!

Okay..Bye!!!

Hati Seorang Wanita


SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .



Sape stujuk???hak hak hak..aku sangat stujuk..cuma x sume lelaki dpt alert ttg hati wanita skrg ni..huhuhu..

Okay..Bye!!!

10 Ciri Wanita Perlu Hindari

Ayuh lelaki!! bangun dari lamunan dan jangan sengaja membuang masa dengan melayan karenah sesetengah wanita yang hanya pandai bermain kata. belajar dari pengalaman. Selidik, teliti dan kaji betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidupmu. Awasi 10 ciri-ciri wanita mengapa perlu di hindari.


1. Wanita Feminis
Wanita yang tersenari dalam golongan ini beranggapan bahwa seglanya penyakit dalam masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononya wanita adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai naluri seperti ini selalu ebrfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba untuk mengenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan

2. Wanita kaki kikis
Wanita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. Wanita pengikis ini memerlukan maintenance yang tinggi. Mereka mengharapkan lelaki menaja keseluruhan kos hidupnya dengan alasan mereka hanyalah wanita. bagi golongan ini. lelaki mesti membayar makan minum, percutian, bunga dan perhiasan diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah rasa bersalah mengikis harta benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya.

3. Wanita berangan
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan seperti dalam layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang kadang imaginasi. mereka tidak berpijak di bumi nyata. mereka mahi di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persis seekor kucing parsi sepanjang masa

4. Wanita ilusi
Golongan ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi dalam sudut lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaiti seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melalukan sesuatu untuk membalas dendam serta sabotaj perhubungan masa kini. perhubungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana pada mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini akan berulang dan terus berulang

5. Wanita Perasan bagus
Sama mcm wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereke mengeji golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mengenai lelaki. teruk, kejam, tak berhati perut dan perosak makhluk, itulah andaian mereka. Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi

6. Wanita keliru
Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnnya lambat laun pasti akan terserlah. lama-kelamaan dia akan menelefon kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiasa ragu0ragu dengan penempulan dan daya penarik tersendiri yang di miliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan mencari wanita yang lebih daripadanya

7. Wanita terdesak
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwin dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaannya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera

8. Wanita tamak haloba
Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. pada awalnya dia hanya mengikut apa sahaja permintaan dan syarat kamu. Namun apabila hubungan antara kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya. barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.

9. Wanita pengoda
Biasanya kamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas. lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu

10. Wanita QC
Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. Dia akan tentukan apa yang akan kamu pakai, makan. kemana perlu pergi dan segala-galanya. Dan apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya

Saturday, March 17, 2012

KULIT KERING???!!



Masalah kulit kering berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah…..

(1) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

(2) Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

(3) Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

(4) Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

(5) Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

(6) Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

(7) Cuba untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

(8) Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Friday, March 16, 2012

Bahagian Yang Sangat Berguna

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling berguna. Aku selalu menduga dengan jawapan yang aku anggap benar.

Aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia. Jadi aku jawab, ‘’telinga, bu.’’ ‘’Bukan. Banyak orang yang tuli.’’ ‘’Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita.’’ Beliau memandangku dan berkata, ‘’Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana banyak orang yang buta.’’

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru. Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya masih belum memuaskan.

Akhirnya beberapa waktu yang lalu, salah seorang keluargaku meninggal. Semua keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika itu . .

Beliau bertanya padaku, ‘’Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling berguna sayang?’’ Aku terkejut ketika ibu bertanya pada saat seperti ini. Beliau melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, ‘’Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar hidup. Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, ibu selalu berkata kamu salah dan ibu telah memberitahukan kamu kenapa.

‘’Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting dan berguna adalah bahumu. Kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya.’’

Akhirnya aku tahu, bahagian tubuh yang sangat berguna adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kita katakan . . . apa yang kita lakukan . . . Tapi, TIDAK akan pernah lupa bagaimana kita membuat mereka bererti.

Today is SPECIAL..???





Rini taknak ngomel byk...once tgk pic gif kat atas..penuh dgn maksud yang mendalam...

okay..bye..

Thursday, March 15, 2012

Solat Dalam Keadaan Mengantuk


Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).” (al-Bukhari)

Huraian:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur.

Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Selalu jadi cegini time subuh...adoyai..jenuh gak menahan mata...skrg ni kene ubah skit la tabiat ngantuk time solat..huhu


Okay..Bye!!!

Wednesday, March 14, 2012

Duhai Hati yang TERASA sekarang ni!!!!



Sapa yang tak pernah terasa hati? sila angkat kening ! hihihihi..mesti penah walau sekulumit di antara kita ni terasa hati kan? apa kita buat kalau terasa hati? pendam? makan? buat tak tahu? biar masa berlalu..? bersemuka? baling bantal? menjerit? hadeh...mcm2 kan??

Aku juga x terkecuali.. sebagai manusia biasa dan ditambah lagi perasaan wanita yang sangat puitis lagi rentis ni la kannnnn.. terasa hati, makan hati, merajuk , dan sebagainya adalah lumrah... terpulanglah bagaimana kita ingin menangani rasa 'terasa hati' kita tue... :(

Ikut isu dan keadaanla..kadang-kadang aku akan membebel sendiri bila terasa hati, menyediri...jgn sape tegur..dan pernah juga baling barang kecil or hempas2 skit (yang mahal jgn buat okay ! - rugi barang yang mahal tu rosak..hahaha) kalau dah termakan hati tahap gaban.. dan yang paling praktikal sekali, kita berdoalah..berdoa agar kita sentiasa dibersihkan hati..sebab Allah tak pandang bentuk atau rupa paras..yang penting hati !. Wallahualam.... =)

Kenapa terasa hati???hurm...byk perkara...skrg ni aku terasa hati gak..tp aku diam..pelbagai ayat yang aku terima n aku telan...yang pasti, aku SABAR...redha je la..berdoa dan istifar..hope i can handle this matter..aminnn..

okay..bye!!!

LELAKI YANG KUAT CEMBURU




Kata-kata yang sering kita dengar adalah “I cemburu kerana I sayang”. Betul ke kalau sayang kena cemburu? Kalau tiada perasaan cemburu tu maknanya tak sayang ke? Bagaimana pula kalau cemburu tu sampai ketahap yang tak mampu dikawal, dalam erti kata lain obses sehinggakan menyekat kebebasan pasangan. Pasti ada bezanya dalam menilai cemburu sayang dan cemburu buta kan.

CEMBURU SAYANG

Biasanya cemburu ni lebih kepada kemanjaan. Sekadar menegur pasangan secara gurauan. Namun emosi mampu dikawal dan tidak wujud perasaan agresif. Cemburu sayang ini mampu menambahkan kemesraan di antara pasangan.

CEMBURU BUTA

Perasaan cemburu yang terlampau sehingga langsung hilang kepercayaan pada pasangan. Sentiasa berfikiran negatif dan kalau boleh mahu berada di samping pasangan setiap saat. Mengawal setiap gerak geri pasangan. Malah boleh hilang kawalan sehingga mampu mencederakan pasangan.

Nasib kan kalau ada pompuan yang menerima cinta si LELAKI YANG KAKI CEMBURU yang dalam istilah yang simple, CEMBURU BUTA. Kata-kata kesat n makian kene telan bila kene terima setiap kemarahan si lelaki tu. huhuhu. bagi aku cemburu tanda sayang. tp kalau keterlaluan camne??? lama2 makan diri. boleh akan jadi masalah besar nanti. untuk lelaki luar sana yang terlalu cemburu terhadap pasangan sehinggakan x percaya akan pasangan korang, bersikap percaya n positif kalau taknak pasangan korang jauhkan diri dari korang satu ari nanti. meh kita tgk tanda-tanda lelaki cemburu buta...

1)Siasat Gerak Geri
Alahai, di awal perkenalan kamu ditatangnya bagai minyak yang penuh,bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan kamu. Ke mana kamu pergi, dengan siapa kamu bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama kamu akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Kamu pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.

2)Sentiasa Curiga
Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap kamu seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan kamu. Sukar baginya untuk mempercayai kamu. Tambahan lagi, bila mana kamu sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan kamu. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun kamu tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu kamu, si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya. Padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.

3)Panas Baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa kamu perlu tahu tentang ini? Ini kerana kamu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau kamu kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marahmarah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah kamu itu tidak sebesar mana. Kamu hanya keluar bersama temanteman dan sepupu kamu sahaja. Kalau kamu ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin bumi pun boleh terbalik. betapa kuat amarahnya. panas barannya sukar dikawal dan akibatnya kamu yang akan dimarahinya sepuas hati.

4)Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah betul kamu nak puaskan hatinya. Kadangkala kamu akan terfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah kamu? Sehinggakan pada satu tahap kamu akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata kamu tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia kamu setiap hari.

5)Mengongkong
Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih kamu mencarinya namun bila kamu dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan kamu saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya. Kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak kamu terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.

6)Mengambil Kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu.Memandangkan kamu tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya kamu ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu. Si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya.

Hurm...dah baca korang nye tahap cemburu camne???dah faham kan???sayangkan pasangan korang kan???so xmo jd cam perkara di atas yer..xmo xmo xmo..

ok bye..

Tuesday, March 13, 2012

Bagus Betul Meja Cegini..


Kalau ada jual kat Malaysia, kompom mak aku beli...wakakkaka

video